BP-1-18, D'Alpinia Business Park, Puchong
+60122377905
info@leap.com.my

KOMPAS KEPIMPINAN

Dunia sudah berubah. Menjelang abad ke-21, perubahan berlaku dengan sangat pantas. Kita memerlukan lebih ramai pemimpin untuk mengemudi dunia pada zaman VUCA. Landskap kepimpinan juga berubah. Kepimpinan tidak lagi dilihat oleh mereka yang mempunyai jawatan atau mereka di atas. Sebaliknya kepimpinan wujud di pelbagai peringkat dan setiap daripada kita boleh memainkan peranan.

CABARAN KEPIMPINAN ABAD KE-21

Perubahan yang berlaku dengan pantas membuatkan formula pada abad ke-20 sudah tidak lagi relevan. Ramai yang masih menggunakan kaedah lama yang menyebabkan banyak masalah kepimpinan. Kita perlukan formula baru untuk mengemudi abad ke-21.

KEPIMPINAN BUKAN JAWATAN

Kita tidak memerlukan jawatan untuk kita memimpin. Setiap daripada kita mempunyai kapasiti untuk memimpin. Sekiranya kita tidak bangunkan kapasiti kepimpinan, jawatan tidak akan menjadikan kita seorang yang berpengaruh.

3 CIRI UTAMA KEPIMPINAN DALAM DUNIA VUCA

Bagai bahtera dilambung badai, pemimpin perlu sentiasa mengemudi berdasarkan perubahan ombak dalam menavigasi halatuju. Buku ini mengupas 3 ciri utama kepimpinan pada dunia VUCA dan bagaimana anda boleh mencipta gaya kepimpinan tersendiri.

KOMPAS KEPIMPINAN

Apakah hala tuju kepimpinan anda?

Setiap orang adalah pemimpin, namun tidak semua mempunyai kebolehan semulajadi untuk memimpin.
Seseorang tidak memerlukan jawatan atau pangkat untuk menjadi pemimpin. 
Dengan pengalaman, ilmu serta matlamat yang betul, kepimpinan seseorang boleh dilatih, diasah dan digilap.  

Buku ini akan mengupas 

KONSEP KEPIMPINAN

Organisasi yang kita pimpin hanya akan berkembang sejajar dengan kebolehan kita memimpin. Sekiranya kita berkebolehan memimpin, maka organisasi kita akan berkembang. Sama ada kita tingkatkan daya kepimpinan, atau kita serahkan tugas memimpin.

CABARAN KEPIMPINAN ABAD KE-21

Kita sering mendengar nasihat-nasihat yang kini sudah tidak lagi relevan. Kajian dari Gallup mendapati kajian kepimpinan sudah banyak berubah, tetapi aplikasi kepimpinan tidak banyak berubah. Organisasi masih lagi menggunakan kaedah lama dalam menguruskan organisasi mereka.

MENGEMUDI DUNIA VUCA

Mengumudi dunia VUCA, seperti mengharungi bahtera yang dilambung badai. 3 ciri utama memimpin dalam dunia VUCA – Kesedaran Diri, Membina Daya Tahan, dan Mengenal Pasti serta Memastikan Keterlibatan. Buku ini akan mengupas dengan lebih lanjut tiga elemen ini.

MOTIF KEPIMPINAN

Terdapat pelbagai motif seseorang itu memimpin. Tetapi sekiranya motif itu pada awalnya salah, ia akan menjadikan keseluruhan perjalanan pemimpin akan tersasar. Memimpin adalah berkhidmat. Sekiranya prinsip ini tidak diguna pakai, maka kita akan lihat banyak permasalahan dalam organisasi yang dipimpin.

BERKENAAN PENULIS

JOHAN IRWAN BIN KAMAROZAMAN merupakan pengasas Leap Leadership Academy Sdn. Bhd. Johan mempunyai pengalaman kerja dalam pelbagai industri daripada industri pembuatan, keselamatan dan pendidikan. Memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan sebelum menjadi penceramah profesional yang mana beliau percaya beliau dapat menyumbang lebih banyak dalam menyebarkan ilmu dan kemahiran terutama dalam bidang kepimpinan dan komunikasi.

Beliau mendapat ijazah Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Multimedia University. Beliau juga mendapat pentauliahan sebagai jurulatih daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Certified Directive Communication Trainer, Certified Professional Coach dari TeamCoach International dan merupakan salah seorang pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP) bertauliah.

Beliau kini merupakan Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS), sebuah persatuan yang bernaung dibawah Global Speakers Federation (GSF). Beliau juga pernah menyandang jawatan Area Governor di Toastmasters International dan bekas President kepada dua buah kelab Toastmasters.

Beliau telah melatih syarikat-syarikat di dalam dan luar negara seperti Telekom Malaysia, Etiqa Takaful, Tenaga Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Multimedia University, Maybank, Malakoff Corporation, Honda Malaysia, Bermaz Auto, DBKL, MARA, PUNB, Kementerian Kewangan Malaysia, Akademi HASIL, Jabatan Audit Negara, Ministry of Industrial Development, Dyson Manufacturing, Malaysian Airports, TechnipFMC, FELDA, SIRIM, NAFAS, Pos Malaysia, Sarawak Energy, Texas Instruments, Shin-Etsu, Brunei Shell Petroleum, Takaful Brunei Darussalam, Ministry of Finance Brunei, Universiti Teknologi Petronas, UNITAR, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, dan Universiti Teknologi MARA. Beliau juga pernah dijemput untuk berkongsi di media tempatan seperti TV1, TV2, TV Alhijrah, Nasional FM, Bernama Radio, BFM and Astro Awani.

Beliau mendapat pengiktirafan Contribution to HR Community oleh The Asia HRD Awards 2021 dan Most Inspirational DC Trainers 2019 oleh Directive Communication International. Beliau juga tersenarai dalam ‘100 Most Inspirational Linkedin Icons in Malaysia You Should Follow’ untuk tahun 2019 dan 2020 serta tersenarai dalam The Successful People in Malaysia 3rd Edition oleh Britishpedia.

Apa kata mereka

Saya rasa benar-benar
bertuah kerana mempunyai pengalaman untuk belajar kepimpinan daripada Johan terutama semasa saya dalam fasa mengembangkan
organisasi dan perniagaan saya.

Ahyat Ishak

Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah

The messages were simple and straight to the point that anyone could understand. I must say that the simple cover doesn’t justify the contents.

Dato’ ‘Aliyah Karen

Pengasas AKRAB Resources & Yayasan Health on World

Dengan cabaran VUCA ini, kita harus membangunkan lebih ramai agile leader mempunyai kualiti growth mindset. Pemimpin yang agile adalah mereka yang mampu menyesuaikan dengan cepat terhadap perubahan persekitaran. Oleh itu buku ini amat menginspirasikan ke arah kepimpinan mengharungi era digital ini.

Dr. Tengku Khairi A. Rahman

CEO, Markplus Business Advisors

Dapatkan senaskah sekarang!

Miliki senaskah Kompas Kepimpinan dan terokai dunia kepimpinan dalam mengemudi abad ke-21.

KOMPAS KEPIMPINAN | ISBN 978-967-16775-1-3